Saturday, December 25, 2021

pengalaman beli tiket online guna Grab

 Aku selalu guna Grab untuk order makanan dan servis ehailing je. Kali ni first time aku nak solo travel di Johor. One night je sebab nak try macam mana. Ini first time aku nak naik bas rentas negeri jadi aku tak tahu cara beli tiket, nak tunggu dimana bila diterminal nanti. Memang aku tak tanya siapa-siapa sebab aku memang dah biasa buat something sendiri. Wanita berdikari kononnya~

Grab ada offer travel pass serendah RM5 jadi aku belilah satu. Seterusnya aku book budget hotel guna Grab, melalui Agoda. Simple sangat, lepas dah pilih GrabPay masa nak buat payment, harga asal ±RM80 aku dapat harga ±RM50 guna travel pass yang aku beli tadi. Lepas tu aku baru teringat nak tengok Spider Man: No Way Home, jadi aku tempah tiket movie GSC guna Grab jugak. Harga tiket dalam RM23, aku tambah makanan sampai harga jadi RM50 something. Tapi guna GrabPay aku cuma bayar RM23 thanks to travel pass. Kira makanan aku free je malam tu. (Btw dua-dua tiket ni tak perlu print. Kat hotel just tunjuk kat receptionist, settle. Kat GSC, kalau beli makanan, tunjuk kt kaunter je. Nak masuk just scan QR kat gate. Settle)

Keesokannya baru aku beli tiket bas guna Grab Intercity. This one takde discount dalam travel pass. Aku terus book untuk round trip. Pilih dari mana nak ke mana, bila nak bertolak bila nak balik, pilih bas, pilih seat, bayar. Aku print je then tunjuk kat kaunter masa hari aku nak bertolak. Dapat la tiket untuk berlepas tu. Aku sampai 2 jam awal daripada departure time sebab aku tak pernah ke terminal bas selama 20 tahun aku hidup jadi sempat la aku nak study tempat tu. Pendek cerita perjalanan aku smooth jugak untuk first timer.

Malangnya bas aku nak balik kena cancel disebabkan banjir. Maka terkandas la aku semalaman kat situ. Dan inilah part yang tak best beli tiket online. Kalau kita beli kat kaunter, boleh je direct refund dekat kaunter. Aku call operator bas tak diangkat. Jadi aku terpaksa email ke Intercity support. 3 hari jugak dia nak update status cancel kat app. Then 2 hari lepas tu support tu cakap dah refund duit tapi aku tengok kat transaction Grab wallet dan bank akaun aku takde pun. Aku pun email balik. Takde jawapan lagi. Sampai ke harini tak dapat balik duit aku.

Dua tiga click je nak ambil duit aku. Berbelas email belum tentu dapat duit aku balik😞

<UPDATE> Lepas hampir 3 bulan aku dapat duit aku balik😩

Monday, October 11, 2021

google, macam mana nak delete tahun 2021?

 2020 might be a bad year, but 2021. is. the. worst. year. in. my. life💩

Januari. Aku kehilangan insan yang setia ada dalam doaku, ayah. Perkara yang aku paling takut aku kena hadap. Jujur aku cakap aku tak boleh nak type sekarang ni. Setiap kali wajah ayah melintas, aku tak dapat tahan air mata aku. Dari pagi sampai ke petang hari itu, aku study sebab esoknya hari pertama untuk minggu peperiksaan akhir semester. Subjek Calculus. Tapi aku tak dapat nak fokus sebab mata tak boleh lari daripada memandang ayah aku. Maghrib, ayah aku mengadu sakit sangat-sangat. Jadi mak dan abang aku bawa ke klinik. Tak lama selepas tu dikejarkan ke hospital. Aku yang kat rumah memang dah tutup laptop, buku semua. Mata aku dah sedia sembab. 

Subuh esoknya, mak aku call suruh kumpul kain batik. Tapi belum cakap yang ayah dah takde. Matahari dah muncul, makcik aku cakap ayah dah takde kat group family. Sumpah aku taknak percaya selagi mak aku tak cakap kat aku. Tapi aku kena redha. Of course I'm crying so bad. Aku dah siap-siap Whatsapp lecturer pagi tu. Maybe dia forward dekat lecturer lain sebab ramai jugak lecturer yang Whatsapp aku. Lepas kebumi ayah, aku lebih tenang berbanding dengan expectation aku. Mungkin berkat doa orang lain?

Barang-barang kat rumah seakan-akan sehayat dengan ayahku. Suis-suis, kipas, lampu, paip air, mesin basuh, dapur gas, periuk nasi, semua rosak. Selalu kalau dia ada, boleh la baiki balik. Masa tu pulak lagu Amira Othman, Surat Terakhir, diulang-ulang kat radio. How can I hold my tears every time??? 

April. Dua minggu lepas ayah aku meninggal tu, aku tak menangis sangat and I don't know why. But reality hits me hard that I diagnosed with AD/SRS (Adjustment disorder/stress response syndrome, sometimes informally called "situational depression"). Aku dah start tak masuk class, kurang contact dengan kawan aku, dan pernah tidur hampir 45 jam. Seminggu sebelum raya, aku dah tak contact siapa-siapa. Shut down. Dan aku decide untuk extend sem lepas Raya. Aku ada dua sebab. 

1. Aku nak seimbangkan otak aku dulu.

2. Aku nak lari dari circle lama. Sebab selalu sangat buat kerja group sorang-sorang.

3. Aku nak start over. 

Jadinya, aku lambat satu sem la dari batch aku untuk grad. Mak aku pun faham. Masa aku tak study tu, aku ambil upah graphic design. Kira macam freelancer la. Taklah terbazir sangat masa aku. Ratus-ratus gak dapat. Review pun 5/5. Alhamdulillah dapat client yang suka repeat service ku yang tak lepas grad lagi ni.

Jun. This one macam tak serious sangat but Kwang Soo keluar Running Man. Aku lalui zaman remaja aku dengan Running Man kut. Kat asrama selalu tengok kat eBook dengan kawan-kawan. Kat uni, tengok dengan roommate. Tapi aku still commit nak tengok sampai akhir episod Running Man even Kwang Soo dah takde dalam show tu.

UPDATE 23/11/2021.

Nov. William dan Bentley pun nak tinggalkan TROS. I'm so sad.... Aku happy diorang membesar dengan baik, tapi mana aku nak tengok diorang lagi every week😞 The fact that both my moodbooster shows will no longer there to entertain me every week make me feel so lost. Acane ni😩😔

Kesimpulannya, tahun 2021 memang la tak 100% teruk. Tapi impak negatif tu tersangatlah memberi kesan dalam hidup aku. Aku tak pergi jumpa psychiatrist atau psychologist pun. Sebab hospital berpuluh-puluh kilometer jauh dari rumah aku. Lagipun aku ada mak aku, makanan masakan mak aku, kucing jiran aku, dan paling penting suara hati aku yang suka bergaduh sesama sendiri. Ada malam aku mental breakdown, tapi aku tahu aku boleh jadi lebih baik daripada versi aku yang sekarang. Kenalah update selalu.

Korang ada masalah jangan lupa share, pasti ada telinga yang mendengar, hati yang memahami. Nak share sini boleh, nak PM tepi pun boleh. Hantar surat kat Perdana Menteri ke. Itu je kut aku nak kongsi hari ni, mata aku sembab dah. Terima kasih sudi baca ya... Peace out, assalamualaikum 💗

Wednesday, August 18, 2021

nota untuk si freelancer

Sebelum aku masuk belajar balik, aku cuba untuk isi masa aku dengan aktiviti berfaedah. Pendek cerita, aku putuskan untuk cuba ambil upah designing memandangkan aku yakin aku ada 'eye for good design'. Geram kalau tengok poster dari zaman kuno ni. Nak-nak yang masih pakai font Papyrus. Menangis hati kecil ku. 

Fun fact: Aku kan pelat R, jadi sebutan aku samada bunyi feghilance (sebut slow) atau fuilance (kalau sebut laju) lolll

Banyak dah mengarut ni, let's back to topic. Ini nota daripada buku A5 aku, aku rasa original kat Dribbble kut. Tak pun Medium. Aku ni tak reti-reti tulis source😑 Soooooo.... These habit / tips can be applied to any freelance jobs, no matter if you are designer, writer,translator or photographer. (Hampir) semua boleh. Aku try buat one-word keyword untuk senang revise balik. Here we go👇

14 Habit/Tips untuk dapat projek demi projek tak putus-putus

Kita akan selalu belajar perkara baharu yang berguna untuk career. Selalulah cari cara untuk jadi lebih baik samada dalam membina teknik/skills atau memajukan bisnes kita sendiri). Jangan sangka kita tahu semua tentang apa yang kita perlu tahu. Kadang-kadang kita rasa dah tahu semua benda yang patut tahu, tetapi ada banyak lagi benda yang kita tak tahu. Ha, sebab itu perlunya ada mindset untuk belajar dalam setiap freelancer. Belajar hingga akhir hayat.

Antara ciri-ciri seorang freelancer berjaya adalah mereka mempunyai sistem. Sistem kukuh yang digunakan daripada pintu masuk klien ke invois ke marketing. Kita boleh tingkatkan sistem daripada cara kerja (workflow) dan kalau boleh kita 'automatik'-kan dia. Kalau macam Chémi yang baru sangat lagi dalam industri gig, aku dah siap-siap buat template email untuk memudahkan aku nak send borang persetujuan (macam contract, yang terus automatik diisi dalam time schedule), hantar produk akhir kepada klien (siap dengan backup files) dan kerja-kerja follow-up. Sistem yang terurus memudahkan kita sebagai freelancer untuk fokus dalam buat kerja yang kita minat, dan bukannya terasa beban dengan paperwork dan kerja-kerja akauntan.

Bila nak follow-up? Bila ada client jenguk kat pintu. Biasanya kalau ada klien yang perlukan servis, mereka akan bertanya terlebih dahulu. Bila dah beberapa hari selepas kita bagi response, kita mestilah follow-up klien tersebut jika dia masih berminat. Ini nak bagi reminder buat diorang yang kedai kita selalu terbuka luas untuk dia jejakkan kaki. Selain itu, semestinya follow-up selepas proposal/kontrak/materials untuk minta feedback. Kalau dah setup timeline lagi bagus. Follow-up 2 hari selepas klien hantar inquiry, atau sebulan selepas projek selesai. Sentiasa komunikasi dengan klien. Tapi jangan jadi terlalu pushy pula ya.

Cliche tak cliche, persekitaran pun penting. Pastikan tempat bekerja tiada gangguan, bersih. Kalau tak bersih nanti datanglah makhluk halus, maksud aku semut, lalat dan seumpama dengannya. Kalau ada lagu buat kita jadi fokus, jadi pasanglah lagu. Jangan duk bazir masa alter playlist pulak.

Market diri anda setiap hari. Macam mana? Lain platform lain caranya, belajar cara nak marketing cross-platform. Promote your service online or offline, formal or informal, direct or indirect. Every day.

Kunci utama adalah bertambah baik. To grow. Dan pastikan cara kerja kita tidak menghalang kita untuk bekerja dengan lebih efektif. Jadi kita tengok balik, reflect our process and progress. Apa yang berfungsi dan apa yang tidak. Kita nilai cara kerja secara berterusan bagi membolehkan kita bina sistem, workflows dan teknik yang lebih baik.

Kelilingi diri kita dengan orang yang berfikiran sama. Cari circle dalam bidang yang sama, dengan motif yang sama. Sebab kebanyakan akan tolong kita dalam bina kerjaya kita terutamanya yang dah senior. Pengalaman aku struggle dengan mobile app dev, so aku join group dev Malaysia di Telegram.

Cukuplah dengan janji manismu. Senang cerita jangan nak janji yang gempak-gempak sebab kita tak pasti hasilnya macam mana. Basically you build protection for yourself if things go wrong.

Memandangkan expectation dari client tak terlalu tinggi disebabkan under-promise before, then give all-out in your work. Berdasarkan pengalaman aku guna teknik under-promise, over-deliver ni memang dapat klien yang datang balik untuk kerja seterusnya dan ada yang datang sebab kawan dia recommend.

Kenal kemahiran anda. Cerita aku, aku jadi 'jack of all trades' tetapi lepas beberapa klien aku sedar ada kerja yang buat aku extra sakit kepala. Jadi aku pilih untuk jadi expert dalam beberapa jenis design dan style sahaja. Jadi aku terima kekurangan aku dan tambah baik skill yang aku minat dan yakin aku mampu buat. Jadi jangan jadi "Jack of all trades, master of none"

Tambahan daripada point sebelumnya, bila kau dah pilih skill mana yang kau nak master, mesti kau kena pilih projek mana yang sesuai dengan perkembangan kerjaya kau. Jadi, belajarlah untuk menolak. Pilihlah projek yang kau berminat dan bersemangat untuk usahakan hasil yang terbaik. Dan pilihlah dengan siapa kau bekerja sebab tak semua klien itu bawa projek, ada yang bawa masalah sekali. Bila kau dah pilih dengan betul, kau happy, klien happy. Win-win.

Naval Ravikant ada cakap: "No one is gonna value you, than you value yourself"

Kalau kita tak letak nilai tinggi untuk diri sendiri, orang lain takkan letak nilai tinggi untuk kita. Ini kerja kita sendiri. Kita yang kena buat untuk diri sendiri. "Kalau letak harga tinggi, client lari" Tapi dapat client yang value hasil kerja kita. Just make sure you did high-value job. Again, jangan takut hilang client. Belajar untuk tolak client yang toksik. Kalau letak harga rendah, confirm kena buli. Aku pernah alami benda tu dan aku takkan ulang. Jadi carilah ilmu, semakin tinggi nilai ilmu, makin tinggi nilai masa. Sebab itu kerja satu-dua jam je, tapi bayar ribu-riban. Know your worth dear.

Untuk designer, kita ada that thing called 'creative block'. Dalam mana-mana pekerjaan, kita perlukan cuti. Break sekejap, untuk elakkan daripada burnout. Burnout yang beterusan boleh lead kepada depression. Jadi pastikan ada cuti berkala, untuk maintain our mental health.

Akhir Kata

Aku mungkin tak banyak pengalaman untuk dikongsikan, tetapi ilmu yang sedikit ini mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalam melancarkan career korang. Kalau ada yang teragak-agak lagi, aku nak cakap yang kita tak akan selalu bersedia. Masa takkan tunggu awak, industri makin berkembang dan sengit. Mungkin suatu hari nanti kita akan bersaing dengan budak 15 tahun? Kita tak tahu. Ada banyak platform untuk korang bergiat dalam industri gig ini contohnya seperti di sosial media, laman web jual beli servis (Upwork.com , Freelancer.com). Paling popular adalah Fiverr tapi aku boikot sebab menurut Google ianya syarikat Israel dan pengasasnya adalah bekas pemain Olimpik yang mewakili Israel. So, totally no from me. 💩 on you Israel. Maaf teremosi pula. Nak baca lagi tentang freelance daripada aku boleh click/tap kat label bertajuk 'FREELANCE'. Semoga dimurahkan rezeki awak-awak semua. Peace out, assalamualaikum!

Saturday, August 7, 2021

cara menabung style chémi

First of all, umur: 20 tahun. Pekerjaan: Pelajar sepenuh masa (kekadang ambil upah designing). Tak ambil PTPTN, mak cikgu sekolah. Family kategori M40 (tolak RM200 dah jadi B40 lol). Jadi kewangan aku average, dan stabil. Ikat perut hanya bila nak makan McD dan sewaktu dengannya. And tak pernah masuk Starbucks😂 Okay, that's too much information. Tak banyak pun sebenarnya tapi nak post jugak😝

Hijau Muda 

💚Mesti korang ada yang macam ni jugak kan? Kalau masa sekolah, asal syiling 50 sen je simpan. Dah tua sikit ni, upgrade lah. Tapi masa aku kat kampus, asal beli je cucur RM5. Jadi ada masa aku buat-buat tak nampak not hijau dalam dompet. Awal-awal macam tulah. Tapi sekarang dapat je yang hijau muda, terus simpan tepi. Aku belajar tingkatkan disiplin diri. 

Kuning Emas

💛Bukan RM20 ya. Yang ini emas betul. Untuk konteks, aku takde bank lain selain Bank Rakyat yang mak aku handle sejak aku baby, dan Bank Islam yang duit selalu keluar masuk. Biasanya dalam keluarga aku, akulah yang bertanggungjawab dalam bab online banking dan Shopee. Jadi kadang-kadang duit dalam bank aku tu, bukan yang aku pun. Aku pulak bukannya rajin nak buat akauntan, kira-kira kredit deposit. Jadi, bila cukup RM100 duit fizikal dan duit hasil freelance aku tu, aku akan beli emas. 

💛Macam mana? Aku simpan guna GAP daripada Public Gold. Nak buka akaun pun percuma. EH! Ini bukan aku nak promote ke apa, lagipun aku bukan dealer or whatever you call it. Tak kiralah harga emas berapa hari tu, mesti beli jugak sebagai menyelamatkan duit aku daripada terkeluar. Setakat ni aku guna, takde masalah. Haritu aku sell back, dapat untung jugak walaupun aku simpan tak lama. Buat beli baju + tudung raya mak. Bukan selalu sis. Nak-nak aku yang tak bergaji ni. Yang aku cerita semua ni, online je gais. Takde kena pergi mana-mana pun.

💛Mesti ada yang pelik kan kenapa aku tak buat akaun bank lain je. Sebab aku ni duduk jauh dari bandar, takde bank dekat-dekat. Ditambah pulak PKP. Jadi aku tak terasa rugi pun, dah niat nak menyimpan. At least emas ada untung kalau disimpan lama-lama. Nanti aku nak kerja aku buka akaun bank lain ya...

Idea Tambahan & Tips Jimat

📆Dah kenapa nak tanggalkan 5?? Bukan... Tajuk je tu. Contoh ya, setiap kali tanggal 5 Ogos, 15 Ogos, 25 Ogos, 5 September, 15 September, 25 September dan seterusnya - aku akan simpan minimum RMXX. Jadi kita akan ada assignment yang perlu kita selesaikan. Boleh je nak tukar tarikh yang berakhir dengan nombor 3 ke, nombor 2 ke, nombor 0 sekali pun. Terpulang.

Yang ini senang nak buat, awal-awal dah simpan. Anggap je duit tu tak wujud. Tahu-tahu dah menggunung dalam simpanan. Sesuai sangat untuk dibuat duit kecemasan.

Dok kang nok makang sedak-sedak sokmo, ce puasa sunat gok skali skale. Tak puasa sunat pun, puasa lah minum air manis.

Bukan 'jangan bayar hutang' ya. Elakkan berhutang semampu-mampu yang boleh. Kalau berhutang, tulis berapa, siapa, dan set siap-siap dateline untuk langsaikan hutang tu.

Specific - Tetapkan nombor dalam goal korang. Aku nak ada simpanan RM500 setiap bulan.

Measurable -  Macam mana nak tahu yang aku dah simpan duit bulan ni? Aku akan track dalam buku 555. Atau aku track guna aplikasi dalam smartphone.

Attainable - Adakah duit belanja aku cukup untuk jadi sumber duit simpanan aku? Ya, cukup.

Relevant - Kalau tak cukup? Aku akan utamakan pemakanan aku, then kurangkan goal mengikut kemampuan. Kalau mampu, cari extra resources.

Time-bound - Bila deadline goal aku ni? Setiap 28 haribulan, duit simpanan mestilah bertambah RM500, bukannya berkurang.
Hah, macam tulah lebih kurang.

Akhir Kata

Kalau yang ada ambil PTPTN ke, yang dah bergaji, yang nak kahwin, nak beli rumah, boleh cuba cara ni. And yeah, dah tajuk pun cliche, isinya pun samalah. Pengalaman aku tak banyak, jadi aku kongsi yang aku dah cuba. Dan aku bukan penasihat kewangan. Yang muslim, boleh amalkan amalan tarik rezeki macam derma, Dhuha, doa-doa spesifik, jaga mak ayah dan banyak lagi.

Update: Aku ada kongsi cara nak bina tabiat (habit) daripada janggal ke kebiasaan di sini. Boleh juga manfaatkan dalam journey menabung korang😁

Korang menabung style apa pulak? Kongsilah, mana tahu Chémi boleh cuba jugak. Sekian untuk tulisan hari ini. Peace out, assalamualaikummm

Sunday, June 20, 2021

diploma sains komputer (ump malaysia) part II

Ohoiii jom sambung bahagian 2 untuk Tahun 2. Untuk peringatan, masa ni dah start zaman Covid-19 ya. Dan tahun ni sangat berserabut. Plus online learning buat ku meranaaa

Y2 SEM 1

Masa final exam sem inilah ayah aku meninggal. Betul-betul subuh hari pertama exam week tu. Jadi, aku sangatlah tak fokus meskipun jawab seminggu selepas kehilangan ayah. Alhamdulillah lecturer semua faham. Semester ni semua subjek yang fun-fun tapi tricky. Nak-nak yang first tu

Aku tak boleh la belajar calculus online ni. Tak syok langsung. Ya, subjek ni agak menyeramkan buat beberapa pelajar. topik fav aku masa belajar addmath pun ada iaitu differentiation and integration. Favourite tak semestinya terer hahahah

Lecturer course ni sweet gila. Kitorang belajar buat CV, resume, video resume dan juga interview. Senang cerita belajar asas-asas nak job-hunting la

Sambungan subjek GUI. Kalau sebelum ni belajar UI/UX, ini kali kita belajar graphic design. Excited gue. Software yang kitorang kena install kali ini ialah Illustrator, Photoshop dan Premier Pro. Kesian laptopku huhu

New language unlocked! Kita belajar Java pulak. Bagi aku lagi senang berbanding sebelum ni sebab dia high-level language (?). Punya la senang sampai group project aku buat sorang-sorang je hmmm

Ini kalau budak sains komputer tak tahu ni hmm tak tahulah. Itu kata lecturer akulah. Tapi siapa je tak tahu beza Apple macOS, Microsoft Windows, Google's Android OS dan Apple iOS. Kalau yang tak tahu pun mungkin Linux. Dan subjek ni separuh belajar terms and theory, separuh lagi belajar guna Ubuntu. Aku boleh tahan pening juga lah nak guna hahahah

Terang lagi bersuluh kita akan belajar untuk develop website. Time ni la nak guna UI/UX yang kita belajar sem lepas. Language used: HTML+CSS+JavaScript+PHP dan kalau korang extra study boleh belajar bootstrap / jQuery. Error sana sini tu biasalah

Untuk pelajar CS, develop mobile application or website. Ini kalau stuck, memang spoil mood nak belajar subjek lain. Contohnya macam aku AHAHAH I'm bad example. Aku guna Flutter (Dart language) untuk mobile app. Oh and for the first part, tak start coding lagi. Just planning, research, decide methodology, dan UI/UX. Lebih kurang macam tu lah

Y2 SEM 2

Sejujurnya aku separuh jalan je sem 4 ni dan decide untuk tangguh satu semester atas sebab-sebab personal. (Nanti aku cerita eh). Sekarang aku dah masuk balik yuhu

Jangan ingat dah belajar Java kau dah boleh tinggal C. Ini sambungan untuk C. Bagi aku sama senang, sama susah dengan yang sebelum ni. Lecturer aku jenis macam mak-mak so aku cam cepat ngantuk sikit tapi okey la.

Yang ni subjek pilihan. Aku pilih subjek ni sebab FYP aku melibatkan mobile app. Jadi yang kau belajar Java boleh digunakan untuk subjek ni. Kali ni kita naik taraf guna Android Studio. Baru fefeeling developer gitchew. For sure laptop yang dah lama tu kena get ready la sbb mostly laptop kawan-kawan aku crash, down, blue screen, tak boleh run. That's why time nak beli laptop kena pikir masak-masak. Aku punya laptop ASUS Vivobook pakai Intel i5, RAM asal 4GB tapi aku tambah jadi 12GB. Ceritanya aku nak 8GB je tapi seller tu ingat aku nak tambah 8GB jadilah 12GB lol. So far takde masalah nak run Visual Studio, software-software Adobe. Cuma nasihat aku, rajin-rajin la hantar pi kedai cuci kipas laptop and buat thermal paste. Ada kedai bagi diskaun untuk student. Dah melalut benda lain ni, sorry

Sejujurnya aku malas nak taip untuk subjek ni, kau hadap jelah eh.

Satu lagi subjek pilihan. Aku rasa macam lebih kepada teori?? Tapi aku banyak membaca la untuk subjek ni. Macam biasa, faham lagi penting daripada hafal

Apa yang kau akan belajar adalah seperti tajuk subjek tu sendiri. Belajar statistik dan probability, macam subjek-subjek matematik sebelum ni lah, cuma ada penambahan dan istilah baru. Okey tu je.

Ohoi ini adalah part akhir. Memang tak tidur malam la duk buat benda ni. Cuti tak cuti sama je. Dah nama la student kan? Buat testing, presentation semua. Make sure selalu refer dengan supervisor korang.

Ya, saya mengaku penerangan aku tersangatlah pendek. Ada subjek pilihan lain yang aku tak masukkan sekali sebab aku pun tak belajar. Antaranya Web Development which sambung belajar daripada Web Programming masa SEM3 dan subjek IT yang aku tak sure assignment dia macam mana so tak boleh nak cerita. Itu jelah kut nak share, nak sambung buat FYP. Peace out, assalamualaikum.

chémi , All Rights Reserved.