About

Orang Buat blog, Dia Pun Nak Buat Jugak

Aku sendiri tak yakin aku akan konsisten dengan blog ni, memandangkan tujuan asalnya nak bermain dengan HTML dan CSS. Ceritanya, aku sejenis yang dikategorikan sebagai cepat emosi, terutamanya terhadap benda bodoh (contoh: manusia tanpa common sense) dan juga kuat membebel. Ada juga berkaitan dengan my insecurities. Jadi, di sinilah tempat yang bertanggungjawab merekod most of my rants and whines.

"Setakat nak rant, Twitter ada." 

Tsk tsk tsk... Kalau kat Twitter, yang follow aku terpaksa baca posting aku. Tak sampai hati nak spam timeline orang. Tambahan: Aku tak install app tu sebab macam toxic gila? 

To be honest, I wouldn't say my life is interesting nor do I even try to be. I don’t even know if my stories are worth telling. I basically write about my life because I'd like to have something to ponder or cringe on in the future. And since you, random stranger, took even the slightest interest by getting this far, I can't promise get-rich-quick schemes nor life-changing epiphanies here. Ha, aku warn awal-awal yang mostly kandungan blog ini tak mampu nak educate korang, so baca bila free je. But still I'll make sure your visit counts.

Eh, lupa pula nak perkenalkan diri. Chémi bukan nama sebenar, iras-iras sahaja. 20-an. Asal Terengganu, tapi selera aku lebih ke arah negeri Pahang. Jadi, aku tak serasi sangat dengan keropok, nasi dagang, sotong celup tepung atau lain-lain yang sewaktu dengannya. Mungkin atas faktor geografi tempat asal aku? Maklumlah bukan orang pantai.

Kalau yang kenal, mungkin boleh teka kut. Yang kenal tu jangan expose pulak aku kat komen. Saya kan pemalu orangnya 😌 Aku open je kalau nak dijadikan mutual, telegram here

Terima kasih atas masa anda. Peace out, assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment

chémi , All Rights Reserved.