Saturday, August 7, 2021

cara menabung style chémi

First of all, umur: 20 tahun. Pekerjaan: Pelajar sepenuh masa (kekadang ambil upah designing). Tak ambil PTPTN, mak cikgu sekolah. Family kategori M40 (tolak RM200 dah jadi B40 lol). Jadi kewangan aku average, dan stabil. Ikat perut hanya bila nak makan McD dan sewaktu dengannya. And tak pernah masuk Starbucks😂 Okay, that's too much information. Tak banyak pun sebenarnya tapi nak post jugak😝

Hijau Muda 

💚Mesti korang ada yang macam ni jugak kan? Kalau masa sekolah, asal syiling 50 sen je simpan. Dah tua sikit ni, upgrade lah. Tapi masa aku kat kampus, asal beli je cucur RM5. Jadi ada masa aku buat-buat tak nampak not hijau dalam dompet. Awal-awal macam tulah. Tapi sekarang dapat je yang hijau muda, terus simpan tepi. Aku belajar tingkatkan disiplin diri. 

Kuning Emas

💛Bukan RM20 ya. Yang ini emas betul. Untuk konteks, aku takde bank lain selain Bank Rakyat yang mak aku handle sejak aku baby, dan Bank Islam yang duit selalu keluar masuk. Biasanya dalam keluarga aku, akulah yang bertanggungjawab dalam bab online banking dan Shopee. Jadi kadang-kadang duit dalam bank aku tu, bukan yang aku pun. Aku pulak bukannya rajin nak buat akauntan, kira-kira kredit deposit. Jadi, bila cukup RM100 duit fizikal dan duit hasil freelance aku tu, aku akan beli emas. 

💛Macam mana? Aku simpan guna GAP daripada Public Gold. Nak buka akaun pun percuma. EH! Ini bukan aku nak promote ke apa, lagipun aku bukan dealer or whatever you call it. Tak kiralah harga emas berapa hari tu, mesti beli jugak sebagai menyelamatkan duit aku daripada terkeluar. Setakat ni aku guna, takde masalah. Haritu aku sell back, dapat untung jugak walaupun aku simpan tak lama. Buat beli baju + tudung raya mak. Bukan selalu sis. Nak-nak aku yang tak bergaji ni. Yang aku cerita semua ni, online je gais. Takde kena pergi mana-mana pun.

💛Mesti ada yang pelik kan kenapa aku tak buat akaun bank lain je. Sebab aku ni duduk jauh dari bandar, takde bank dekat-dekat. Ditambah pulak PKP. Jadi aku tak terasa rugi pun, dah niat nak menyimpan. At least emas ada untung kalau disimpan lama-lama. Nanti aku nak kerja aku buka akaun bank lain ya...

Idea Tambahan & Tips Jimat

📆Dah kenapa nak tanggalkan 5?? Bukan... Tajuk je tu. Contoh ya, setiap kali tanggal 5 Ogos, 15 Ogos, 25 Ogos, 5 September, 15 September, 25 September dan seterusnya - aku akan simpan minimum RMXX. Jadi kita akan ada assignment yang perlu kita selesaikan. Boleh je nak tukar tarikh yang berakhir dengan nombor 3 ke, nombor 2 ke, nombor 0 sekali pun. Terpulang.

Yang ini senang nak buat, awal-awal dah simpan. Anggap je duit tu tak wujud. Tahu-tahu dah menggunung dalam simpanan. Sesuai sangat untuk dibuat duit kecemasan.

Dok kang nok makang sedak-sedak sokmo, ce puasa sunat gok skali skale. Tak puasa sunat pun, puasa lah minum air manis.

Bukan 'jangan bayar hutang' ya. Elakkan berhutang semampu-mampu yang boleh. Kalau berhutang, tulis berapa, siapa, dan set siap-siap dateline untuk langsaikan hutang tu.

Specific - Tetapkan nombor dalam goal korang. Aku nak ada simpanan RM500 setiap bulan.

Measurable -  Macam mana nak tahu yang aku dah simpan duit bulan ni? Aku akan track dalam buku 555. Atau aku track guna aplikasi dalam smartphone.

Attainable - Adakah duit belanja aku cukup untuk jadi sumber duit simpanan aku? Ya, cukup.

Relevant - Kalau tak cukup? Aku akan utamakan pemakanan aku, then kurangkan goal mengikut kemampuan. Kalau mampu, cari extra resources.

Time-bound - Bila deadline goal aku ni? Setiap 28 haribulan, duit simpanan mestilah bertambah RM500, bukannya berkurang.
Hah, macam tulah lebih kurang.

Akhir Kata

Kalau yang ada ambil PTPTN ke, yang dah bergaji, yang nak kahwin, nak beli rumah, boleh cuba cara ni. And yeah, dah tajuk pun cliche, isinya pun samalah. Pengalaman aku tak banyak, jadi aku kongsi yang aku dah cuba. Dan aku bukan penasihat kewangan. Yang muslim, boleh amalkan amalan tarik rezeki macam derma, Dhuha, doa-doa spesifik, jaga mak ayah dan banyak lagi.

Update: Aku ada kongsi cara nak bina tabiat (habit) daripada janggal ke kebiasaan di sini. Boleh juga manfaatkan dalam journey menabung korang😁

Korang menabung style apa pulak? Kongsilah, mana tahu Chémi boleh cuba jugak. Sekian untuk tulisan hari ini. Peace out, assalamualaikummm

No comments:

Post a Comment

< > Home
chémi , All Rights Reserved.