Saturday, May 15, 2021

rhotacism : ceghita si pelat R

 Actually short post aku up di Facebook confession untuk universiti aku tapi nak post jugak kat sini :) 

 Aku tahu aku pelat R sejak abang kandung aku sendiri yang ejek aku . Yes. Masa tu aku tak tahu pun apa yang salahnya dengan aku punya sebutan R sebab umur aku dalam 4-5 tahun macam tu. Dia cakap aku pelat, dia tak tahu yang aku sendiri tak tahu maksud 'pelat' tu apa. Dah tak rasa bersalah buat derk je la kan, walaupun sakit hati jugak. 

Tapi lambat laun, terpaksa mengiakan aku pelat lepas dah naik sekolah. Kawan-kawan takdelah yang mengejek tapi still malu lah sebab aku sorang je yang macam tu. Nama sendiri pun ada huruf R jadi bila nak perkenalkan diri tu memang auto malu la. That's why I hate ice breaking session so much. 

Sedikit sebanyak perkara yang kelihatan kecil ini mempengaruhi cara pergaulanku. Nak sebut nama sendiri pun malu, apatah lagi nak bersembang. Terasa la jugak bila orang mintak ulang balik bila diorang tak faham apa yang saya sebut bila ada perkataan melibatkan huruf R. Alhamdulillah, kawan-kawan aku kebanyakkannya tak point out kelemahan aku yang satu tu. Tapi itula... Jadi aku susah nak bercakap dengan orang yang baru kenal. Nak suruh orang belanja feghegho ghoche pun segan hahah 

Next bigger problem is nak sebut Rasulullah s.a.w pun tak betul. As a muslim, bayangkan sedihnya aku sebagai hamba-Nya tak boleh nak sebut بسم الله الرحمن الرحيم dgn sempurna. Rasa hina je nak baca Al-Fatihah sampai habis. Kenapa? Sebab takleh nk bezakan bunyi 'ر' dan 'غ' . Yang huruf ر semua jadi غ. 

Cerita pasal usaha, selalu jugak la cari di Google, di Youtube nak betulkan lidah ni. Macam orang tak betul jugak la buat bunyi pelik-pelik. So, next plan aku nak masuk kelas mengaji berbayar. Harapnya ustazah dapat tolong betulkan sebutan huruf ر sambil-sambil betulkan tajwid. Doakan saya ya💖 Peace out, assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

< > Home
chémi , All Rights Reserved.