Sunday, June 6, 2021

the backstory : minat bidang komputer

Ini cerita macam mana aku boleh minat dengan bidang sains komputer.

Luck of 2000’s kids

Biasalah budak-budak kan, curious dengan semua benda. First of all, I need to thanks my mom for exposing me to the computer. Masa tu zaman Windows XP (PC kotak lagi) dan umur aku dalam 5-7 tahun kalau tak silap aku. Dia cuma ajar aku nak buat folder, right click > new > folder. As simple as that. Lepas tu explore sendiri. So parents, early (right) education is the game changer (tiberrr)

Seorang lagi yang aku patut berterima kasih ialah Dato' Seri Ahmad Said, former Menteri Besar Terengganu dan kerajaan negeri masa tu. Bukan nak berpolitik okey, ikhlas ni. Dia perkenalkan Projek ‘Buku Elektronik’ e-Book. Lepas je aku dapat eBook, bahagianya hati seorang nerd. Budak-budak lain sibuk dengan game (Angry Bird was booming that time – ahh nostalgic), I was exploring every inch of Microsoft Office, dig deep down in C: Drive folders. Not to forget that one software, Scratch – software yang perkenalkan aku dengan programming. Walaupun aku tak tahu yang aku tengah buat programming masa tu. Aku duk buat animation dengan dialog entah apa-apa. Then buat game Pacman tapi tak jadi sangat pun sebab tak faham English. Aku tak tayang kat orang pun, suka-suka sendiri je. Malangnya projek e-Book tu diberhentikan sebab banyak kelemahan, mungkin cikgu-cikgu sendiri masa tu tak pandai guna komputer. Dan ada kemungkinan besar budak-budak ni tengok porn. Ish ish ish...

Trusting the Skills

Bila aku dah naik sekolah menengah yang berasrama, aku pelik kenapa budak-budak bandar ni tak pandai guna komputer, dan phone. Tapi aku tak cakap la kat diorang, bisik dalam hati je. Pakai yang latest dah, yang mahal dah. Tapi tak kenal features dalam screen tu. Jadi, sebagai seorang kawan, aku cuba la nak ajar diorang both direct & indirectly bila ada peluang. Pernah kawan aku kembang hidung sebab boleh ajar kawan dia masa kat matriks. Bersemangat cerita kat aku. Tumpang banggalah sikit. 

Berbalik pada timeline asal, aku tingkatan 3, sekolah adakan pertandingan inovatif dan aku bertanggungjawab dalam bahagian dokumentasi. Apa lagi, tayang skill la beb. Aku design trifold brochure guna Microsoft Publisher and also presentation of course, PowerPoint. Dan tak sangka, kitorang menang tempat pertama untuk dokumentasi. Sebab tu jugak dapat tempat kedua keseluruhan, sangat-sangat tak sangka sebab produk kitorang takde lah berinovatif sangat. AND That’s when I decided – computer is my thing.

Yakin bethol.

Deciding the Path

Masa isi UPU, semua berkaitan dengan komputer. Memang tak pandang yang lain. Nasib aku baik keputusan SPM aku cukup kelayakan. Tapi masa tu dapat matrikulasi, dilema jugak lah nak terima ke tak. Memandangkan aku sangat lemah subjek Kimia, dan tak minat pun, jadi aku tolak matrikulasi. Tak menyesal sangatlah walaupun lambat daripada orang lain. Yang penting ada minat kan?

Sejujurnya masa tu, aku belum putuskan cabang mana yang aku akan pilih dalam sains komputer, samada lebih kepada cyber security, front end dev, back end dev atau graphic design. Kalau ikut cerita kat atas, lebih kepada graphic design la. Bahagian security macam gempak, boleh hack macam dalam movie. Tapi hakikatnya bukan semudah itu ya anak-anak☝😌 Eh tapi belajar, kerja, mana ada yang senang kan? Jadi, bagi pendapat aku, diploma sains komputer ni bagi aku peluang untuk faham cabang-cabang yang ada dalam sains komputer dan ruang untuk memilih. Nanti degree pilih la mana yang selesa. 

Ini sekadar pandangan dan jalan yang aku pilih. Bukan aku galakkan korang suruh pilih diploma over matriks, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Macam aku tak pilih matriks sebab aku tak yakin aku boleh survive dengan fast-paced study environment and lab coat. Jadi itu sahaja tulisan hari ini. Peace out, assalamualaikum.

*Sambung baca pengalaman aku sebagai pelajar diploma sains komputer di UMP👀

No comments:

Post a Comment

< > Home
chémi , All Rights Reserved.