Tuesday, June 15, 2021

diploma sains komputer (ump malaysia)

Hai, kalau korang belum baca macam mana aku boleh minat dengan sains komputer ni, dipersilakan untuk membacanya.  

Long story short, aku dah cerita yang pilihan dalam UPU aku semua computer related course. Aku pilih diploma sains komputer sebab aku minat dan sesuai dengan cara aku belajar. Kalau aku di matrikulasi, mungkin aku tewas dengan subjek yang aku panggil subjek lab coat macam Biologi dan Kimia. Untuk konteks, keputusan SPM aku 5A3B1C. Yang C tu Kimia. Aku pun tak tahulah kenapa aku tak boleh 'go' dengan subjek yang satu tu.

Jap nak brag✋; Masa SEM1, semua member kat uni ingat aku budak sains komputer masa sekolah menengah. Malangnya, aku cuma student science stream yang average. Sejujurnya, aku tak tau pun ada sekolah menengah yang ada subjek tu lol. Patutkah aku menyesal tak pindah sekolah?😂

Berbalik pada tajuk, aku nak cerita pengalaman dan penerangan secara pendek tentang subjek-subjek dalam Diploma Sains Komputer yang aku ambil sepanjang aku di UMP. AND APOLOGIZE IN ADVANCE FOR LONG POST AND UNWANTED TMI!

Y1 SEM 0

Ya Allah makcik ni buat lawak ke... SEM 0 pebendenye😔 Ya awak, SEM 0. Kawan-kawan aku kebanyakan masuk tingkatan 6, matrikulasi dan IPG. Jadi diorang ingat aku buat lawaklah, akan tetapi SEM0 ini juga tertulis didalam slip result. Boleh ni dikatakan sebagai preliminary semester la, mungkin nak student biasakan dengan alam universiti. Tapi serius aku cakap, bosannya Tuhan saja yang tahu. Pergi class 2-3 kali seminggu. Nak balik rumah macam tak padan. Ni lah class yang hilangkan bosan aku:

Ini kokurikulum rasanya. First assignment, buat video workout. Yang tak pernah squat tu kau pulun la. Then ada assignment macam melibatkan masyarakat. Kitorang pergi gotong-royong dekat tadika je. Seronok la sebab masa tu still nak kenal-kenal dengan classmates. Dan satu lagi yang aku paling ingat, berkhemah. Bukan dalam hutan pun, khemah kat UMP Pekan je. Aku ingat lagi masa night walk, tak sure pukul berapa tapi around 3 to 4am jugak lah. Kitorang fatigue gila, dengan tak faham klu yang dibagi, terlentang tidur betul-betul depan pintu bangunan Canseleri Tun Abdul Razak. Kau ghase?

Obviously belajar bahasa Inggeris. Antara assignment yang aku ingat kitorang buat macam analysis novel la. Yang last assignment, ada test ala-ala MUET.

Antara yang kitorang buat adalah untuk muslim, kitorang pergi dengar tazkirah maghrib kat masjid. Untuk non-muslim, rasanya kena buat good deeds untuk staff (seingat aku la). And then kitorang kena buat video report, #TrashChallenge dimana kitorang pergi kutip sampah kat sesuatu tempat. Group kitorang ada interview local kat situ. Aku bertanggungjawab dalam video editing, siap dengan bloopers aku 'meme'kan. Original video pun dapat response, mostly soalan edit pakai apa, macam mana buat subtitle. Terharu aku beb orang notice hasil kerja tak tidur malam😭 (sidenote: Time ni TikTok belum betul-betul popular)

Last assignment, kitorang ditugaskan untuk pilih satu movie, dan cadangkan cara lain yang boleh selesaikan konflik dalam movie tu. Kira kita nak win-win situation daripada watak protagonist and antagonist. Haa macam tu lah lebih kurang.

Y1 SEM 1

Pretty much like "Your free trial has end. Welcome to the h*ll" Tapi sem ni boleh tidur malam lagi la, kecuali dah masuk week 13, 14. Dah buat awal-awal pun still kelam kabut jugak

Bagi aku dia macam Add Math. Jadi jangan dibakor buku-buku SPM tu. Boleh buat rujukan.

Err...more English? No need for explaination, kan? Oh, kitorang ada public speaking seingat aku. Depan cafe, nasib baik bukan peak hour.

Kitorang selalu tak semangat nak masuk class ni😂 Bukan apa, cuma subjek ni macam liberal sangat. Takut tergugat iman. Alhamdulillah, tak terjejas. Punyalah tak ikhlas sampai aku tak ingat aku belajar apa lol. Anyway, kita belajar tentang cara-cara pemikiran dan beberapa istilah yang kedengaran kuno. Tapi kalau tengok video philosophy kat YouTube best je, sampai aku sukarela tulis nota dalam buku. My favourite one is stoicism sebab aku sejenis yang ikut emosi. Cepat marah, cepat nangis. For sho aku ikut mana yang tak bercanggah dengan agama lah.

Subjek ni penting sangat-sangat penting sebelum kau mula ber'coding'. Betul-betul asas dalam programming. Kebanyakan member aku yang stuck next sem sebab diorang tak pegang apa yang diajar dalam subjek ni. Biasa kalau aku yang ajar, aku memang tekankan flowchart. Sebab benda tu boleh gambarkan flow coding kita. Dah nama la FLOWchart kan. Buat buruk-buruk pun takpe. Ambil 2-4 minit untuk flowchart. Itu style aku la. Kalau korang legend, bayangkan dalam kepala je. Plus, kalau kau gagal, kau kena repeat sebelum ambil programming next sem. Yang aku peliknya, cara lecturer perempuan ajar lain daripada lecturer lelaki yang ditukar lepas tu. To be honest, dia ajar lagi suppp masuk dalam kepala. Tapi seram sikitlah dengan dia.

This one pun ada melibatkan pemahaman programming jugak. Bagi aku, kau pikir logik je. Sebab untuk subject ni, kau still guna 'bahasa manusia'. Maksudnya boleh dibaca macam ayat yang biasa. Kalau kau ada baca posting yang sebelum ni, aku ada mention software bernama Scratch. Ha sebijik lah macam tu. Untuk main projek, kitorang develop mobile app berdasarkan Sustainable Development Goals (SDG). Best jugaklah class ni sebab boleh bereksperimen, lecturer pulak ada vibe ayah-ayah gitu.

Antara subject killer jugak ni. Bagi aku, aku still takleh brain macam mana komputer proses information like how??? Dan itulah objektif subjek ni. Yang ni kitorang belajar komponen-komponen hardware komputer. Boleh tackle lagi yang tu. Bab yang kira-kira ni, aku rasa nak menangis. Sebab dia tak pakai base nombor biasa :( Tapi ada jugak pengiraan yang melibatkan formula. Lain-lain lagi, kita belajar proses komputer simpan memori. Macam mana dia register, simpan, ambil balik. Ha, macam tu lah lebih kurang.

Maaf tak ingat yang spesifik sangat subjek ni. Sidestory, lecturer subjek ni pernah menang hackathon tau. Team diorang pi hack sistem UiTM. Anyway, kalau kau power subject ni, big respect from sis. Tapi kalau tak power? Belajar la bersungguh lagi :P Macam sis sikit lagi mahu A T^T

Section kitorang adalah yang pertama (mungkin terakhir?) yang dapat lecturer lelaki Arab untuk subjek ni. Mula-mula tu tak sukalah sebab takut susah faham memandangkan kena berkomunikasi in English. Kita ni dah la speaking ke laut. Namun terbuktilah, dia adalah lecturer paling fun sepanjang aku di UMP. Dalam class, siapa dapat jawab soalan dapat sweet. Section kitorang kalau tak dapat B, mesti dapat A. Sebab dia ada effort untuk remake powerpoint yang dari zaman 2000. Yelah dia muda, bujang pulak tu (boleh tahan hensem la). Banyak la masa nak adjust sana sini.

Berkenaan subject ni, kita belajar tentang SDLC yang mana wajib tahu sebelum masuk dalam alam pekerjaan. Kita buat analysis macam mana kita boleh jadikan sistem tu lebih efisien, cara kerja mana yang sesuai dengan keperluan projek development, macam mana nak uruskan permintaan client, macam mana kita adakan meeting, organisasi yang perlu ada ketika meeting, cara mana kita dapatkan sumber. Banyaklah, jenuh nak menulisnya. Btw lecturer tu tersangkut kat Malaysia masa PKP first dulu. Kesian dia, baru nak pi keje dengan Volvo kat Switzerland.

Y1 SEM 2

Awal sem tu okey lagi. Masuk je pertengahan sem, it was kinda hectic because we were entering the pandemic and the world didn't really ready for it. 2 minggu jugak belajar dari bilik hostel. Ada yang slow-slow balik, tapi kitorang cuba bertahan. Mengharapkan semua tu sementara je. Tapi tengoklah sekarang :)

Kalau nak jadi hacker ha inilah permulaan dia. Korang belajar macam mana maklumat di'encrypt'kan, berapa layers yang maklumat akan lalui daripada kau tekan button send message sampai makwe kau bluetick kau. Lecturer aku yg ni banyak melencong ke cerita lain, menakutkan dan kelakar pada masa yang sama

Yang ini sangat penting ya adik-adik yang bijaksana. Boleh dikategorikan sebagai subjek membunuh juga. Korang belajar hubungan antara maklumat, bahasa SQL, senang cerita macam mana nak interact dengan data lah. Insert, delete, rewrite, etc.

Lulus Problem Solving, baru boleh daftar yang ini. Lecturer masih sama untuk memudahkan pelajaran. Seingat aku chapter first is basically summarized version of PS. Then still belajar pasal looping, ditambah dengan array. Pointer and files. Oh dan lupa nak cakap. Kitorang coding in C language. Sir cakap "Awak belajar yang susah dulu, nanti boleh la awak belajar yang senang" Tapi serius kalau aku google nak cari solution kan, kalau tak jumpa yang C++, mesti jumpa yang C#.

More like Modern Math, I think?? Belajar sets, relation, function, logic, etc. Basically macam dalam laman web ni 👉tutorialspoint

Oleh disebabkan PKP, kitorang terpaksa illegally beli software Adobe daripada Shopee. Lecturer aku tak suruh, tapi dah takda cara lain kan. Dia pun nak kena jaga ethics dia juga kan. Belajar fundamental of design , like design rules and color theory. Untuk semester ni, kitorang just install Adobe XD je dulu.

Pensyarah ini mengingatkan aku kepada arwah cikgu sejarah aku masa sekolah. Yang ini tak sempat kitorang nak buka kedai, dah PKP. Sudahnya kena buat video promote produk. Such an embarrassment. Final assignment was writing a 'Rancangan Perniagaan'.

Hmm... Nak ulas pun macam terang-terang tajuknya menghayati etika dan peradaban. Aku ada belajar tentang budaya di Malaysia dan luar Malaysia. Tugasan kumpulan seingat aku buat laporan tentang sebuah filem. Adalah tulis tentang karakteristik watak-watak dalam tu dan nilai baik buruk dalam filem tu.

Perasan tak makin lama, makin pendek perenggannya. Saya mencuba sehabis baik ya untuk menaip. Dan begitulah sedikit sebanyak pengalaman aku belajar sebagai pelajar Tahun 1. Untuk selain daripada akademik, aku tulis entri lain ya. Ini pun aku tulis berdasarkan apa yang aku boleh kutip daripada memori aku sahaja. Untuk sambungan subjek Tahun 2, kita baca post seterusnya, okey? Peace out, assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

< > Home
chémi , All Rights Reserved.